BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Latar Belakang

Tahun 2003
Program ini dibuka pada 07 Januari 2003 di bawah pentadbiran Encik Wong Chan Ming. Ia merupakan sekolah menengah pertama untuk Program Bermasalah Pembelajaran di Tawau. Program ini bermula dengan 2 orang tenaga pengajar dengan jumlah pelajar seramai 14 orang serta  kemudahan fizikal seperti  dua buah kelas, sebuah bilik dapur, bilik tidur (pengurusan diri) dan ruang tamu. Pada bulan April dalam tahun yang sama,  penambahan seorang lagi guru menjadikan seramai 3 orang guru semuanya .
Tenaga pengajar ketika itu ialah Pn. Lo Vun Phing (Penyelaras Program), Pn. Alinah Hj. Budin (Penolong Penyelaras) dan Hjh. Rosbi Hj. Mohd. Amin.
Pada tahun 2004, penambahan seramai 2 orang pelajar dan menjadikan 18 orang dengan bilangan guru masih tiga orang. Pada tahun 2005, Kelas Pendidikan Khas SMK Kuhara, Tawau bertambah lagi dengan dua buah kelas dan sebuah Dewan Mini Multimedia. Bilangan tenaga pengajar juga bertambah menjadi seramai 6 orang guru dengan bilangan pelajar seramai 27 orang. Dalam tahun ini seorang pelajar telah menamatkan pelajarannya.
Pada tahun 2006, jumlah pelajar menjadi 31 orang dengan penambahan pelajar seramai 4 oran. Bilangan guru seramai lapan orang.
Tahun 2007, bilangan guru bertambah kepada 9 orang dengan bilangan pelajar seramai 36 orang.
Tahun 2008 dan 2009, bilangan pelajar yang mendaftar seramai 37 pelajar dengan bilangan guru seramai 10 orang. Dalam tahun 2009, seramai 2 orang PPM telah melapor diri.
Kini 2012
Bilangan guruseramai 14 orang iaitu 11 orang guru perempuan dan 3 orang guru lelaki dengan bilangan pelajar seramai 70 orang. Dengan dibantu tiga orang PPM
BIL
NAMA KELAS
MURID LELAKI
MURID PEREMPUAN
JUMLAH
1.
TULIP
5
4
9
2.
EXORA
4
3
7
3.
TERATAI
6
3
9
4.
MAWAR
4
6
10
5.
MELUR
5
2
7
6.
MELATI
4
3
7
7.
KEKWA
3
4
7
7.
DAHLIA
6
1
7
8.
DAISY
3
4
7
JUMLAH
40
30
70

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS